TANAH TERBUKA
(mengenang che)
kelongsong tanah terbuka menerimamu
selepas langit jumaat
selepas khutbah menangguhkan hujan
selepas solat melejuh batin
masjid baru mukim kami
tenang melepaskanmu
sambil merendahkan anak tangga
ke negeri bumi
rintik cahaya mengukus almanakmu
lukisan barzakh tergantung di perdu tanah
kulepaskan orang tua kami
kulepaskan dengan selera allah
kubang kerian
24 oktober 1996 RUDI MAHMOOD
Tahniah. Selamat berblog dan menemui puisi-puisimu lagi. Menatap kelongsong katamu dan puisi TANAH TERBUKA, aku ikut terharu.
ReplyDeletepemergian che semoga diampuni dan dirahmati Allah.....al-fatihah.
السَّلاَمُ عَلَيْكُ
Waalaikum-salam.Moga terus sihat dan terima kasih kerana sudi berkunjung.Moga rahmat Allah terus mengalir ke dalam diri kita.Bakarlah semangat kawe agar dapat kembali menulis.Blog ini terhasil bila membaca blog demo Matari
ReplyDelete