Saturday 13 August 2011

APABILA KELONGSONG TERBUKA

Apabila kelongsong terbuka,kata-kata terlihat jelas bergaul dengan maknanya.Demikian apabila kita lama membisu dengan uzlah jiwa,di gua batin,di mihrab labirin; disuatu tempat yang sunyi,diam dan kelu,tiba-tiba lidah yang sekian lama terkulum telah mengeluarkan huruf pengantarnya.Inti dari suatu makna kata yang terpendam mungkin boleh dihidupkan kembali.Mampukah saya untuk kembali menulis? Semoga melalui blog kecil ini,apabila kelongsong kata terbuka,ia akan membuka kembali kelip mataqalbu.Apa pandangan anda,rakan dan sahabat.Saya ingin kembali menemui anda...

2 comments:

  1. Rentak dan liuk katakatamu masih mulus dan tetap ori dan segar terbaik dari ladang! Teruskan!

    ReplyDelete
  2. Keinginan untuk menulis semakin kuat bila umur makin tua,terima kasih san kerana membangkitkan angin.Salam

    ReplyDelete